Wednesday 29 September 2010

BUKU PELAWAT || GUEST BOOK

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua

Kemaskini terkini ahli BLOG ALUMNI SK MELOR:
25 September 2010 : 33 ahli
29 September 2010 : 45 ahli

Terima kasih kepada semua. Selamat datang kepada ahli baru. Semoga lebih ramai bekas pelajar SK MELOR yang akan menjejakkan diri ke sini, insyaAllah.


Kini, discussions board di FAN PAGE ALUMNI SK MELOR (facebook) dibuka untuk semua yang telah menyertai komuniti ini. Semua ahli berhak untuk mengemukakan sebarang topik untuk dibincangkan dan menyampaikan sebarang maklumat yang berkaitan SK MELOR mahupun ALUMNI SK MELOR. Semoga kita dapat menjadikan FAN PAGE dan BLOG ALUMNI SK MELOR ini sebagai medan untuk berkongsi cerita dan pengalaman.


Sekalung penghargaan kepada Saudari Rossy Omar yang telah berkongsi KISAH REUNION UPSR 2000. Jika ada kelapangan, kisah mereka akan dikongsi di BLOG ALUMNI SK MELOR tidak lama lagi.


BUKU PELAWAT || GUEST BOOK

Untuk perhatian semua, di bahagian "DISCUSSION" melalui FACEBOOK ALUMNI SK MELOR, terdapat satu ruangan khas untuk GUEST BOOK. Buat masa terkini, 2 maklum balas diterima daripada Saudari Nik Nurulinda Amira Tuan Sabari (UPSR 1998) dan Saudari Roziah Binti Omar (UPSR 2000). Terima kasih kepada yang berkenaan.

Kepada semua ahli dalam komuniti ALUMNI SK MELOR, anda dialu-alukan untuk bertandang ke ruangan DISCUSSION untuk topic GUEST BOOK sekaligus memberi maklum balas.



click this link : GUEST BOOK

Semoga maklumat yang diberi sedikit-sebanyak dapat menemukan anda dan teman-teman seangkatan anda. Sekaligus menjadi platform untuk perkenalan antara semua ahli ALUMNI SK MELOR.


"Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"

Saturday 25 September 2010

TAHNIAH BUAT CIKGU NORHASRINA HUSSIN

Assalamualaikum buat semua pembaca ALUMNI SK MELOR.


Alhamdulillah, setakat hari ini, tanggal 25 September 2010, tepat jam 1140 pagi, kita telah berjaya mengumpul seramai 33 orang untuk menyertai kominiti ini. Satu pencapaian yang amat membanggakan untuk tempoh lebih kurang 3 hari blog ini dilancarkan.

Fakta manarik : 33 ORANG dalam masa 3 hari

33 : 3

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua yang menyertai komuniti ini. Apa yang diharapkan, tidak lain dan tidak bukan agar kewujudan blog ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita semua untuk dijadikan platform khas dalam misi menyampaikan sebarang maklumat berkaitan SK MELOR. Tidak terkecuali juga untuk berkongsi kisah silam untuk tatapan bersama selain menyelongkar aktiviti semasa para ALUMNI SK MELOR. Semoga lebih ramai yang akan berkumpul di sini.


Untuk hari ini, sedikit maklumat ingin saya kongsikan berhubung sambutan HARI GURU 2010 PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2010. Walaupun sudah agak lama berita ini dikeluarkan dan disiarkan, namun perlu untuk saya utarakan di sini sebagai makluman untuk kita semua. Mungkin ada antara kita yang masih belum tahu atau baca tentang berita ini.


Sedikit sebanyak mengenai sambutan HARI GURU PERINGKAT NEGERI KE-39
  • Diadakan pada 23 jun 2010 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Falahiah, Pasir Pekan
  • Majlis penyampaian anugerah Tokoh Guru Kelantan 2010 dan Anugerah kecemerlangan kepada guru dan sekolah yang mencatat kecemerlangan sepanjang tahun
  • Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed
  • Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Makhtar Mustaffa; Pengarah Pelajaran negeri Hussain Awang serta Timbalannya Zahari Daud


Tokoh Guru Kelantan 2010
  1. Abdul Halim Haron, 64 (Bekas Timbalan Pengarah Pelajaran negeri)
  2. Idris Muhamood, 65 (Bekas Penolong Pegawai Pelajaran Daerah)
  3. Tuan Ghazali Tuan Long, 58 (Bekas guru besar)
  4. Datin Rahimah Mahamad, 57 (Bekas penolong kanan)

Anugerah Guru Inovatif
  1. Norhasrina Hussin dari SK Melor, Kota Bharu (Kategori Prasekolah)
  2. Azri Zakaria dari SMK Tok Janggut, Pasir Puteh ( Kategori sekolah menengah)


Anugerah Guru Cemerlang Kurikulum

  1. Haslida Ali (SK Cherang Ruku, Pasir Puteh)
  2. Azri Zakaria (SMK Tok Janggut, Pasir Puteh)
  3. Shamsuddin Ahmad Zawawi (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu)
  4. Rahimah Mohd Zain (SMK (A) Tok Bachok, Bachok)
  5. Rohana Mohd Nor (SMK Kamil, Pasir Puteh)
  6. Zaleha Ghazali (SMK Kubang Kerian 1, Kota Bharu)
  7. Wan Azmi Wan Mohamad (SMK Tumpat, Tumpat)


Guru Cemerlang Kokurikulum

  1. Mazniwati Ayob (SK Lubok Bongor, Jeli)
  2. Mohamad Sharudden Muhamad Kalam (SMK Pengkalan Chepa 2, Kota Bharu)
  3. Ruslin Hamzah (SMK Putera, Kota Bharu)


Guru Cemerlang Pendidikan Khas

Azrol Azim Abdul Rahim (Sekolah Menengah Kota, Kota Bharu)


Anugerah Cemerlang Guru Kurang Upaya

Zawati Yusoff (SMK Panji, Kota Bharu)


Tahniah buat semua PENERIMAN ANUGERAH terutama sekali buat CIKGU NURHASRINA HUSSIN dari SK MELOR.



RUJUKAN : UTUSAN MALAYSIA ONLINE - TIMUR


::nota penulis::

Walaupun ada antara kita yang tidak pernah kenal dengan Cikgu NorHasrina Hussin termasuklah penulis sendiri, tetapi tidak salah untuk kita menghargai pencapaian yang telah beliau raih. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada warga pendidik yang lain untuk terus berusaha ke tahap yang lebih baik dalam mendidik anak bangsa.


Kepada WARGA PENDIDIK SK MELOR yang lain, mahupun BEKAS WARGA PENDIDIK SK MELOR, usah khuatir atau bimbang jika kalian tidak mendapat anugerah-anugerah seperti itu. Pada kami, selaku anak didik, itu semua tidak penting. Anugerah tersebut hanya untuk menghargai jasa dan bakti kalian bagi mengiktiraf pencapaian semasa. Apa yang penting adalah, kalian semua WARGA PENDIDIK SK MELOR atau BEKAS WARGA PENDIDIK SK MELOR adalah JUARA bagi kami. Marangkul ANUGERAH yang lebih hebat dari itu dalam hati setiap daripada kami yang bergelar ALUMNI SK MELOR iaitu ANAK-ANAK DIDIK kalian


TAHNIAH BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK SK MELOR
Dulu, kini dan selamanya!


"Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"

Friday 24 September 2010

MEDIUM INTERAKSI ALUMNI

Berikut merupakan 4 medium utama interaksi antara ALUMNI SK MELOR. Semoga lebih ramai bekas pelajar SK MELOR yang akan menyertai 4 komuniti yang telah disediakan ini. Sekalung penghargaan kepada semua yang telah menyertai komuniti ini. Semoga semua dapat berkongsi pendapat, cadangan, dan idea.


Admin : Farhan Imran
Members : 66
Photos : 52
Links : 4




Admin : Farrah Adriena Abd Aziz / Norme Haslida / Khairul Anuar
Members : 75
Photos : 6
Links : 2





Admin : Khairul Anuar
Current Members : 14
Date of created : 22 September 2010
Website : http://alumniskmelor.blogspot.com/



FANS : ALUMNI SK MELOR


followers terawal pada 23 September 2010 : 14 orang

STATISTIK SEMASA pada jam 0030 24 september 2010 : 19 orang

Terima kasih diucapkan kepada semua ALUMNI SK MELOR yang telah melayari blog ini. Sama-sama hidupkan BLOG ALUMNI SK MELOR walaupun hanya sekadar blog picisan. Semoga bermanfaat untuk semua.


Admin : Khairul Anuar
Writer : Open to all ex-SKM - Terbuka kepada semua ahli Alumni SK Melor yang berminat
Date of created : 22 September 2010





Aktiviti terkini BLOG ALUMNI SK MELOR
  • Mencari info dan maklumat mengenai SK MELOR : Sejarah dan perkembangan terkini
  • Mencari gambar/foto yang berkaitan SK MELOR : Panorama lama dan baru
  • Artikel Apresiasi buat teman seperjuangan : UPSR 2001
  • Menerbitkan sebarang artikel/gambar/rencana yang dihantar melalui emel ke mkamh5587@gmail.com oleh ALUMNI SK MELOR berkaitan sebarang aktiviti yang telah dijalankan : Reunion/ Gathering untuk dikongsi bersama
  • Menerbitkan sebarang kisah perkongsian/pengalaman yang dihantar oleh ALUMNI SK MELOR
  • Mengumpul data dan maklumat (terutama lepasan UPSR 2001) untuk database
  • Mengumpul link ALUMNI SK MELOR yang mempunyai blog/website


Sebarang perkongsian cerita/rencana/pengalaman amat dialu-alukan di sini.
Sumbangan foto sekolah atau foto kenangan sewaktu di bangku sekolah amat dinanti-nantikan untuk dikongsi bersama.
Sukarelawan untuk menjadi penulis di blog ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk berkongsi apa sahaja yang difikirkan perlu.
Sekian!


Thanks for reading.


"Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"

Wednesday 22 September 2010

ALUMNI SK MELOR

Assalamualaikum kepada semua warga SK MELOR!

Alhamdulillah, akhirnya BLOG khas untuk ALUMNI SK MELOR sudah boleh dilayari dari mana jua anda berada mulai hari ini, 22 September 2010. Semoga kewujudan blog picisan ini dapat menemukan kita semua yang sudah lama terpisah.




Ini merupakan entri pertama untuk blog ALUMNI SK MELOR. Maka, selaku admin, izinkan saya sedikit sebanyak menceritakan tentang diri penulis.
  • Nama diberi MOHD KHAIRUL ANUAR BIN MAH HASSAN, nama blogger: penaberkala.
  • Mula mendaftarkan diri di SK MELOR pada tahun 1996 di kelas 1 MAWAR.
  • Pelajar 1Mawar, 2Melor, 3Melor, 4Bestari, 5Bestari dan 6Bestari
  • Menduduki Penilaian Tahap Satu (PTS) pada tahun 1998 - terkandas
  • Menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2001
  • Olahragawan SK MELOR bagi tahun 2000
  • Ketua Pengawas SK MELOR bagi sessi 2001
  • Penglibatan dalam ko-kurikulum : Nasyid, Bercerita, Olahraga, Galah panjang, Kuiz Matematik, Lalu-lintas SHELL, dll
  • Mempunyai seorang kakak, NORME HASLIDA (UPSR 1995) dan seorang abang, AHMAD FAIZAL ALWIE (UPSR 1998) yang turut menjadi bekas pelajar SK MELOR
Itulah sedikit sebanyak maklumat mengenai diri penulis. Salam bertemu buat semua teman yang mengenali diri ini. Salam perkenalan buat semua senior/junior warga ALUMNI SK MELOR sekalian.


Di kesempatan ini, ingin saya utarakan objektif penubuhan blog ALUMNI SK MELOR. Antaranya adalah seperti berikut:
  1. Menubuhkan ALUMNI SK MELOR agar semua bekas pelajar SK MELOR boleh berhubung antara satu sama lain
  2. Mengumpul seramai mungkin ALUMNI SK MELOR dengan mendapatkan maklumat diri untuk dimasukkan ke dalam database terutama ALUMNI SK MELOR 2001
  3. Mengenang jasa para pendidik SK MELOR dengan artikel-artikel khas
  4. Laporan dan perkembangan terkini SK MELOR
  5. Laporan dan perkembangan terkini warga ALUMNI SK MELOR
  6. Medium utama interaksi antara warga SK MELOR berkaitan event/aktiviti semasa
  7. Perkongsian kisah silam dan kenangan di SK MELOR
  8. Merangka aktiviti khidmat bakti kepada warga SK MELOR, Corporate Social Responsibility (CSR)
  9. Lain-lain isu yang berkaitan

Blog ini ditujukan khas buat semua ALUMNI SK MELOR 2001. Namun, tidak bermakna bekas pelajar dari batch lain tidak boleh turut serta. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Sambutan daripada kalian juga amat kami harapkan.


Untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung terus melalui Emel : mkamh5587@gmail.com
Sesiapa yang mempunyai foto/kisah silam yang ingin dikongsi di blog ALUMNI SK MELOR, bolehlah juga menghantar terus ke emel berikut untuk disiarkan.


Sebarang komen/cadangan anda amat saya hargai. Sebarang pertanyaan, bolehlah tinggalkan komen di sini.


Sekian, sampai ketemu lagi di entri seterusnya.


"Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"