Saturday 25 September 2010

TAHNIAH BUAT CIKGU NORHASRINA HUSSIN

Assalamualaikum buat semua pembaca ALUMNI SK MELOR.


Alhamdulillah, setakat hari ini, tanggal 25 September 2010, tepat jam 1140 pagi, kita telah berjaya mengumpul seramai 33 orang untuk menyertai kominiti ini. Satu pencapaian yang amat membanggakan untuk tempoh lebih kurang 3 hari blog ini dilancarkan.

Fakta manarik : 33 ORANG dalam masa 3 hari

33 : 3

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua yang menyertai komuniti ini. Apa yang diharapkan, tidak lain dan tidak bukan agar kewujudan blog ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita semua untuk dijadikan platform khas dalam misi menyampaikan sebarang maklumat berkaitan SK MELOR. Tidak terkecuali juga untuk berkongsi kisah silam untuk tatapan bersama selain menyelongkar aktiviti semasa para ALUMNI SK MELOR. Semoga lebih ramai yang akan berkumpul di sini.


Untuk hari ini, sedikit maklumat ingin saya kongsikan berhubung sambutan HARI GURU 2010 PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2010. Walaupun sudah agak lama berita ini dikeluarkan dan disiarkan, namun perlu untuk saya utarakan di sini sebagai makluman untuk kita semua. Mungkin ada antara kita yang masih belum tahu atau baca tentang berita ini.


Sedikit sebanyak mengenai sambutan HARI GURU PERINGKAT NEGERI KE-39
  • Diadakan pada 23 jun 2010 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Falahiah, Pasir Pekan
  • Majlis penyampaian anugerah Tokoh Guru Kelantan 2010 dan Anugerah kecemerlangan kepada guru dan sekolah yang mencatat kecemerlangan sepanjang tahun
  • Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed
  • Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Makhtar Mustaffa; Pengarah Pelajaran negeri Hussain Awang serta Timbalannya Zahari Daud


Tokoh Guru Kelantan 2010
  1. Abdul Halim Haron, 64 (Bekas Timbalan Pengarah Pelajaran negeri)
  2. Idris Muhamood, 65 (Bekas Penolong Pegawai Pelajaran Daerah)
  3. Tuan Ghazali Tuan Long, 58 (Bekas guru besar)
  4. Datin Rahimah Mahamad, 57 (Bekas penolong kanan)

Anugerah Guru Inovatif
  1. Norhasrina Hussin dari SK Melor, Kota Bharu (Kategori Prasekolah)
  2. Azri Zakaria dari SMK Tok Janggut, Pasir Puteh ( Kategori sekolah menengah)


Anugerah Guru Cemerlang Kurikulum

  1. Haslida Ali (SK Cherang Ruku, Pasir Puteh)
  2. Azri Zakaria (SMK Tok Janggut, Pasir Puteh)
  3. Shamsuddin Ahmad Zawawi (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu)
  4. Rahimah Mohd Zain (SMK (A) Tok Bachok, Bachok)
  5. Rohana Mohd Nor (SMK Kamil, Pasir Puteh)
  6. Zaleha Ghazali (SMK Kubang Kerian 1, Kota Bharu)
  7. Wan Azmi Wan Mohamad (SMK Tumpat, Tumpat)


Guru Cemerlang Kokurikulum

  1. Mazniwati Ayob (SK Lubok Bongor, Jeli)
  2. Mohamad Sharudden Muhamad Kalam (SMK Pengkalan Chepa 2, Kota Bharu)
  3. Ruslin Hamzah (SMK Putera, Kota Bharu)


Guru Cemerlang Pendidikan Khas

Azrol Azim Abdul Rahim (Sekolah Menengah Kota, Kota Bharu)


Anugerah Cemerlang Guru Kurang Upaya

Zawati Yusoff (SMK Panji, Kota Bharu)


Tahniah buat semua PENERIMAN ANUGERAH terutama sekali buat CIKGU NURHASRINA HUSSIN dari SK MELOR.



RUJUKAN : UTUSAN MALAYSIA ONLINE - TIMUR


::nota penulis::

Walaupun ada antara kita yang tidak pernah kenal dengan Cikgu NorHasrina Hussin termasuklah penulis sendiri, tetapi tidak salah untuk kita menghargai pencapaian yang telah beliau raih. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada warga pendidik yang lain untuk terus berusaha ke tahap yang lebih baik dalam mendidik anak bangsa.


Kepada WARGA PENDIDIK SK MELOR yang lain, mahupun BEKAS WARGA PENDIDIK SK MELOR, usah khuatir atau bimbang jika kalian tidak mendapat anugerah-anugerah seperti itu. Pada kami, selaku anak didik, itu semua tidak penting. Anugerah tersebut hanya untuk menghargai jasa dan bakti kalian bagi mengiktiraf pencapaian semasa. Apa yang penting adalah, kalian semua WARGA PENDIDIK SK MELOR atau BEKAS WARGA PENDIDIK SK MELOR adalah JUARA bagi kami. Marangkul ANUGERAH yang lebih hebat dari itu dalam hati setiap daripada kami yang bergelar ALUMNI SK MELOR iaitu ANAK-ANAK DIDIK kalian


TAHNIAH BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK SK MELOR
Dulu, kini dan selamanya!


"Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"

2 comments:

Anonymous said...

cikgu baru pulop ko cikgu pra tu?

penaberkala said...

mungkin cikgu baru
sebab kalau zaman kita dulu CIKGU ZARINA